Dalam konteks kitar semula kita perlu mempunyai daya kreativiti dalam mengitar semula bahan-bahan terpakai seperti kertas, kaca dan botol plastik. Pentingnya konsep kitar semula ini bertujuan untuk menjaga alam sekitar daripada tercemar dengan pelbagai pencemaran sehingga mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.
Idea utama yang boleh diguna pakai dalam konsep ini ialah hidup kreatif bersama botol plastik. Sebagaimana yang kita ketahui botol plastik untuk mereput mengambil masa sehingga 450 tahun. Ini adalah jumlah masa yang terlampau lama untuk ianya mereput. Botol plastik juga dibuat daripada beberapa proses penyulingan berperingkat petroleum sehingga ia menjadi bahan asas untuk menghasilkan botol plastik iaitu nafta. Memandangkan sumber petroleum semakin kehabisan jadi marilah kita bersama-sama mengitar semula bahan yang diperbuat daripada plastik ini.
Rajah 1: Proses penyulingan berperingkat
Peranan Kitar Semula
Konsep kitar semula ini merupakan suatu usaha di mana dalam menangani isu kekurangan sumber terutamanya daripada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum. Oleh itu, kita perlulah mengumpul barangan yang ingin dikitar semula ke dalam tong sampah khas seperti gambar rajah di bawah ini.
Barangan yang telah dikumpul untuk dikitar semula boleh dihantar ke kilang-kilang untuk diproses menjadi bahan yang baru dan ini dapat menjimatkan penggunaan sumber alam. Antara barangan tersebut ialah botol plastik, botol kaca dan kertas.
Pentingnya kitar semula ini dapat menjaga kebersihan alam sekitar daripada pencemaran sampah sarap. Kitar semula ini adalah bertujuan untuk menggunakan semula bahan yang terpakai dan dikitar semula ke dalam bentuk barangan yang baru serta lebih mesra pengguna.
Selain itu, dengan mengumpul barangan kitar semula seperti botol plastik dapat mendatangkan hasil dalam bentuk wang ringgit apabila menjual barang tersebut di pusat kitar semula. Disebabkan oleh itu, mulai hari ini marilah kita semua mengumpul botol plastik kerana ia memberikan banyak faedah kepada kita semua.
Oleh yang demikian, semua orang wajib melibatkan diri dengan aktiviti kitar semula barangan terpakai contohnya botol plastik kerana ianya memberikan banyak kesan yang positif terhadap individu, masyarakat dan negara.
Antara Kreativiti Yang Mampu Anda Lakukan Dengan Botol Plastik
Gambar diatas menunjukkan papan luncur yang diperbuat daripada botol plastik. kreatif kan diaorang.??
Anda tidak mahu mencuba ker ^_^.
Gambar ini akan membuatkan anda terasa ingin mencuba membuatnya dirumah. Ini adalah lampu yang diperbuat daripada botol plastik. Menjimatkan bukan.?
Ini adalah pasu yang dibuat daripada botol plastik yang telah dipotong. Kreatif bukan. Dapat menjaga alam sekitar disamping membekalkan udara yang segar. Simple bukan.?
Jom Kita Kitar Semula.
Sebelum kita melakukan sesuatu lebih baik berfikir dahulu sebelum melakukan perkara tersebut. Samalah dengan konteks kitar semula ini. Berfikir terlebih dahulu sebelum membuang barangan yang boleh dikitar semula.
Meskipun barangan tersebut sudah lama dan tidak digunakan janganlah mengangap ianya seperti sampah. Tetapi ianya boleh dikitar semula untuk kegunaan akan datang seperti majalah, akhbar, botol plastik dan sebagainya. Hasil daripada kitar semula ini dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat. Alangkah betapa indahnya kitar semula ini.
Oleh itu, janganlah kita melakukan sikap pembaziran kerana pembaziran itu adalah sikap syaitan dan barangan yang boleh dikitar semula lebih baik dikumpul dan kitar semula kerana setiap daripada barangan tersebut diperbuat daripada sumber yang semakin berkurangan.
Brinfomasi..
BalasPadamterima kasih.
Padambagus..
BalasPadamterima kasih.
PadamTerima kasih atas maklumat yang dikongsi.
BalasPadamSama-sama. harap ianya membantu anda di masa akan datang.
PadamTerima kasih atas maklumat yang dikongsi.
BalasPadamUlasan yang menarik dan membantu.
BalasPadamTerime kasih otaku. haha
Padam